Sejak kebelakangan ini ada sahaja isu melibatkan rombongan VIP, sehinggakan ada pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan selepas dihentikan secara tiba-tiba kerana ingin memberi laluan kepada kereta kenamaan.
Terbaharu kecoh pula di Twitter apabila seorang pengguna @FannnF mendakwa pengawal pengiring kenderaan orang kenamaan (VIP) cuba merosakkan bahagian kenderaannya kerana lewat memberi laluan.
Menerusi ciapan tersebut difahamkan kejadian berlaku di Lebuh raya Elite berdekatan susur keluar Bandar Saujana Putra, sewaktu mangsa berada di lorong kanan dan tidak menukar lorong walaupun menyedari kehadiran rombongan tersebut.
Namun, dia menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak disengajakan kerana terdapat kenderaan lain yang berada di lorong kiri yang menyebabkan dia sukar untuk menukar lorong dengan segera.
“Konvoi VIP ini cuba merosakkan kereta saya kerana saya tidak ubah laluan ke lorong kiri. Saya tidak tahu sama ada polis atau pengawal yang melanggar cermin sisi saya.
“Pegawai itu juga secara bahaya mengarah untuk menukar laluan pada saat akhir dan mengharapkan kami pergi ke lorong kiri yang boleh membuatkan saya melanggar kereta lain,” tulisnya.
Selain itu, rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama yang mana kereta mereka diketuk pegawai pengiring sehingga membuatkan mereka terkejut hampir menekan brek mengejut.
Ada juga yang menganggap tindakan tersebut sebagai melampau kerana tidak memikirkan keselamatan orang lain. Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkaitan berhubung kejadian itu.
This VIP convoy try to damage my car because im not going to the left lane. I dont know is it police or body guard who hit my side mirror. The traffics also dangerously tell to change lane last minutes and expect us to just go to the left lane and that can make me hit other car. pic.twitter.com/H0PtzxXjav
— Irpanos 🏴🏴 (@FannnF) February 14, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar