BMW Malaysia memperkenalkan BMW X3 dalam tiga varian baharu, bersama dengan varian terbaharu BMW X4 untuk pasaran tempatan.
Bagi BMW X3, varian baharu yang diperkenalkan membabitkan sDrive20i M Sport, xDrive30i M Sport dan xDrive30e M Sport, manakala xDrive30i M Sport untuk BMW X4.
BMW X3 baharu akan hadir dalam dua varian petrol – sDrive20i dan xDrive30i, di samping varian berelektrik, xDrive30e.
BMW X3 sDrive20i dan BMW X3 xDrive30i dikuasai enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 184hp dan tork 300Nm bagi sDrive20i, dan 252hp dengan tork sehingga 350 Nm untuk xDrive30i.
BMW X3 sDrive20i berupaya 8.2 saat untuk pecutan 0-100km/j dengan kelajuan tertinggi mencecah 215 km/j, manakala BMW X3 xDrive30i mampu memecut dari 0-100 km dalam masa 6.3 saat pada kelajuan maksimum 240 km/j.
Transmisi dibekalkan kepada BMW X3 sDrive20i dalam bentuk Automatic Steptronic 8 kelajuan dengan Fungsi Pengekalan Automatik, manakala BMW X3 xDrive30i dilengkapi dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.
Pemilik varian BMW X3 dan BMW X4 baharu juga dapat merasai Pengalaman
Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia membabitkan:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan bagi varian-varian BMW X3 dan BMW X4 yang baharu dengan BMW Service and Repair Inclusive, tanpa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
- BMW X3 xDrive30i M Sport Baharu RM 358,800.00
- BMW X3 xDrive30e M Sport Baharu RM 356,800.00
- BMW X4 xDrive30i M Sport Baharu RM 398,800.00
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar