Rasmi: 10 perkara yang anda perlu tahu Volkswagen Golf GTI (MK8) CKD, Harga Bermula RM211K

1458

Akhirnya model hatchback berprestasi generasi baharu iaitu MK8, Volkswagen Golf GTI dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Kehadiran model itu juga boleh dikatakan agak bersejarah buat industri automotif tempatan kerana ia adalah model pemasangan tempatan ‘Made in Malaysia’ yang dipasang di Pekan, Pahang. Ia adalah model Golf yang dipasang selain di Jerman dan China.

Berikutan ia adalah model CKD, sudah pasti harganya juga agak kompetitif, kini ia dijual pada harga RM211,698 tidak termasuk insurans dengan pengecualian SST yang masih lagi tertakluk sekarang.



10 perkara yang anda perlu tahu Volkswagen Golf GTI (MK8) CKD

  1. Selain rekaan baharu, GTI MK8 menerima perumah lampu utama LED Plus dan lampu belakang LED serta menggunakan rim aloi 18 inci Richmond.
  2. Menerapkan karakter GTI sebelum ini dengan kemasan jalur merah pada gril dengan bercorak bentuk sarang lebah (honeycomb) pada bukaan udara bawah. Bagi model ini, nampaknya ia tidak mempunyai lampu kabus pada bampar hadapan.
  3. Belakangnya pula mempunyai dua peredam ekzos krom, spoiler sedikit lebih tajam serta lencana GTI yang menggantikan tulisan Golf di bawah lencana VW.
  4. Bahagian kabin tampak ringkas kerana kebanyakan butang kawalan menggunakan bentuk rata dengan permukaan dan boleh ditekan hanya melalui sentuhan.
  5. Jangan terkejut, Golf MK8 ini tidak mempunyai tombol gear yang konvensional, sebaliknya menggunakan butang kecil.
  6. Skrin sesentuh yang terletak di tengah papan pemuka untuk infotainmen menggunakan sistem MIB-3 dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.
  7. Ia hadir dengan Digital Cockpit generasi baharu 10.25 inci bersama pelbagai pandangan serta warna tema. Ini termasuklah gayaan spesifik GTI, stereng multi fungsi dengan kawalan sentuh haptik dan ciri pemanas.

  8. Ia dipadankan tempat duduk ala bucket dengan balutan kulit, panel instrumen digital dengan pencahayaan merah serta mempunyai kemasan honeycomb pada papan pemuka
  9. Generasi kelapan ini masih lagi menggunakan enjin 2.0L TSI EA888 dengan menyalurkan 245PS dan 370NM dengan peningkatan 15PS serta 20Nm berbanding Golf GTI MK7.5 (model generasi ketujuh yang dipertingkatkan). Masih menggunakan transmisi klac basah DSG tujuh kelajuan automatik.
  10. GTI Mk8 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Varian Golf R-Line

Sementara itu, Volkswagen Passenger Cars Malaysia turut memperkenalkan varian Golf R-Line dengan menggunakan enjin 1.4 liter TSI.

Biarpun enjin yang kecil, ia mampu menyalurkan 150PS dengan tork setinggi 250Nm dan kuasa itu disalurkan ke transmisi automatik lapan kelajuan. Transmisi ini bukan seperti iaitu klac berkembar DSG sebelum ini, tetapi kotak gear baharu daripada Aisin yang mempunyai ciri torque converter.

Luarannya ia dihiasi dengan aksesori R-Line, selain menggunakan rim aloi 17 inci Valencia . Lampu utama hadapan dan belakang LED. 

Dalamannya pula, ringkas seperti Golf GTI MK8 cuma tempat duduk dibaluti fabrik serta kemasan material suede. Generasi ini tidak mempunyai banyak butang dan tombol gear. Pertukaran gear manual, boleh ditukar dengan menggunakan paddel shifter di belakang stereng.

Harganya pula, ia dijual anggaran RM155,000 sehingga RM165,000 tidak termasuk insurans dengan pengecualian SST yang masih lagi tertakluk sekarang.

GALERI GAMBAR:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here