JPJ akan laksanakan penguatkuasaan, saman RM2k kepada peniaga di lampu isyarat

1257

Aktiviti perniagaan menjaja makanan di lampu isyarat mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat.

Antara yang menjadi kebimbangan adalah terhadap keselamatan trafik khususnya penunggang motosikal, peniaga dan pembeli ditambah dengan faktor kebersihan makanan yang disediakan.



Namun, di sebalik kegigihan mereka, aktiviti jualan ini dilihat sangat berisiko. Ia bukan sahaja berbahaya, malah salah di sisi undang–undang.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, pihak mereka akan terus mengenakan tindakan terhadap penjaja di bahu jalan di persimpangan lampu isyarat di negeri tersebut.

“Tindakan diambil bukan untuk menyekat sumber rezeki golongan mana-mana pihak sebaliknya, ia menyalahi peraturan selain mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya lain sendiri,” 

“Berniaga di tempat berbahaya terutama di rezab jalan boleh mengundang kecelakaan dan nahas. Selama ini hanya tindakan advokasi diambil, namun kita akan laksanakan penguatkuasaan dalam waktu yang terdekat ini,”kata Pengarah, Mohammad Yusoff Abustan.

Beliau berkata, kesalahan menjaja di jalanan tertakluk di bawah Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here