SPenumpang yang dimaksud itu adalah pocong dengan berbalut kain putih berada di sebelah tempat duduk pemandu. Namun, kualiti video itu agak kabur dan sangat sukar untuk mengesahkan perkara berkenaan.
Difahamkan, video berkenaan tular dalam kalangan kumpulan pemandu lori sebelum ini dan lokasi sebenar dan bila rakaman video itu berlaku tidak dinyatakan melainkan diberitahu dekat Changkat Jering, Taiping.
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan pemandu lori itu yang bercakap dalam loghat utara memberitahu dia ditemani penumpang yang tidak diundang.
Dia yang kelihatan bersahaja sempat memalingkan kamera telefon bimbit pada ‘penumpang’ berpakaian serba putih itu.
Pemandu itu berkata, “Assalamualaikum, pada sapa sapa yang tertinggal sahabat atas highway dekat Changkat Jering, nak halau macam mana.
“Ini dok ada dengan kita ni sahabat depa. Adoi, dah baca macam-macam doa dah baca tapi tak jalan juga.
“Nak sampai Alor Pongsu ni kot dia mau turun, adoi, dok lain kali jangan tinggal merata,” keluh pemandu lori itu.
Namun, tiada siapa-siapa yang tampil untuk mengesahkan kesahihan video ini, sama ada ia betul-betul terjadi atau sekadar content sahaja.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
Sumber: Kosmo