Jika kereta, Brabus akan mengambil model Mercedes-Benz untuk menghasilkan jentera yang lebih ‘liar’ dari segi prestasi serta luaran yang lebih ‘jahat’.
Kali ini, syarikat talaan daripada Jerman itu cuba berjinak dalam jentera dua roda selepas menjalin kerjasama dengan pembuat motosikal Austria, KTM dalam menghasilkan projek pertama mereka.
Hasilnya, mereka mencipta Brabus 1300R yang diambil daripada model asal iaitu KTM 1290 Super Duke R Ego. Sebanyak 154 unit Brabus 1330R ditawarkan pada harga €39,500 (RM188,000). Biarpun mahal,semua unit habis ditempah dalam masa kurang dua minit.
Apa kelebihannya, ini kupasan lebih lanjut untuk anda mengenali Brabus 1300R:
- Brabus 1300R dihasilkan dengan jumlah yang terhad dengan 154 unit sahaja. Ia dibahagikan kepada 77 unit untuk warna Magma Red dan 77 lagi untuk Signature Black.
- Penggunaan nombor 77 itu sebenarnya simbolik sebagai tahun penubuhan Brabus pada 1977.
- Bagi Brabus 1300R ini, ia jelas tampak berbeza dengan model asalnya. Pada bahagian hadapan, ia menggunakan lampu bulat ala retro dan panel salur udara di bahagian tepi tangki.
- Bagi menyerlahkan lagi karakternya, ekzos serta rim juga adalah hasil ciptaan daripada Brabus sendiri.
- Panel tambahan pada motosikal itu diperbuat daripada material gentian karbon yang boleh dilihat pada fender hadapan, perumah lampu hadapan, bawah tempat duduk, pelindung rantai, salur penyejuk angkup brek dan banyak lagi.
- Ia tampak lebih garang seperti hasil ciptaan Brabus yang lain, serta membuatkan jentera lebih ringan yang mana pengurangan berat sebanyak 6 kilogram.
- Suspensi juga masih menggunakan unit daripada WP yang boleh dilaras secara elektronik dan datang dalam beberapa mod.
- Selain daripada itu, Brabus juga telah menghasilkan triple clamp serta peletak kaki CNC aluminium khas untuk motosikal ini.
- Dari segi rangkaian kuasa, ia menggunakan enjin v-twin 1,301 cc dengan kemampuan 180 hp pada 9,500 rpm dan 140 Nm tork pada 8,000 rpm. Ia boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat dengan kelajuan maksimum pula 270 km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar