Sebut saja nama Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, pasti semua orang akan mengenali pelakon bertubuh sasa dari Amerika Syarikat itu.
Berdasarkan sumber terkini Celebrity Net Worth, The Rock turut dinamakan sebagai seorang pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia dengan pendapatan bersih melebihi AS400 juta (RM1.6 bilion).
Selain menjalani kehidupan mewah, The Rock juga turut mempunyai pelbagai koleksi kereta mewah. Berikut kami kongsikan 10 jenis kenderaan yang dimilikinya.
10. Ford Hennessey VelociRaptor
Hennessey VelociRaptor atau trak pikap berwarna biru ini bernilai sekitar USD150,000 (RM 627,900). Namun The Rock tidak membayar satu sen pun, kerana ia merupakan hadiah daripada HBO kepada The Rock sebagai watak utama dalam filem Ballers.
9. Lamborghini Huracan
Dwayne Johnson membelanjakan lebih USD261,274 (RM1 juta) pada Lamborghini Huracan, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa kurang tiga saat.
8. Cadillac Escalade
The Rock merupakan peminat tegar Cadillac, dia yang mempunyai Escalade yang bernilai lebih USD76,195 (RM318,952), malah dia pernah menghadiahkan kenderaan jenama itu pada bapanya pada 2018 dan kepada kakak iparnya pada 2019.
7. Rolls-Royce Wraith
Rolls-Royce merupakan jenama kereta paling berprestij di dunia yang banyak digunakan golongan ternama dan terkenal, tidak terkecuali The Rock turut mempunyai Rolls-Royce Wraith yang bernilai sekitar USD300,000 (RM1.2 juta).
6. McLaren 650S
Dia juga memiliki McLaren 650S. Jentera itu menggunakan enjin V8 3.8 liter pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan 641hp dan tork 500Nm. Supercar hijau ini dianggarkan bernilai sekitar $309,000 (RM1.2 juta).
5. Rolls-Royce Cullinan
Rolls-Royce Cullinan ini bernilai USD330,000 (RM 1.3 juta) yang direka untuk membolehkan memandu dalam semua jenis cuaca. SUV mewah ini menggunakan enjin V12 6.7 liter pengecas berkembar dengan kelajuan sehingga 563hp.
4. 2017 Ford GT
Ford GT 2017 hanya ditawarkan dalam sebanyak 138 unit di dunia, yang bernilai $450,000 (RM 1.8juta). Namun dikatakan disebabkan saiz badan The Rock terlalu besar, dia hampir tidak dapat menggunakan supercar tersebut.
3. Mclaren P1
McLaren P1 ialah kereta sport hibrid plug-in yang bernilai $1.15 juta (RM 4.8) dan hanya 375 unit sahaja yang dikeluarkan, ia dikuasakan oleh enjin V8 3.8 liter twin-turbo M838TQ yang menghasilkan kelajuan sehingga 727hp.
2. Ferrari LaFerrari
The Rock turut memiliki kereta sport dari Itali yang jarang ditemui, dan difahamkan hanya 500 unit sahaja ditawarkan di seluruh dunia iaitu Ferrari LaFerrari yang bernilai USD1.4 juta (RM5.8 juta).
1. Pagani Huayra
The Rock membelanjakan sekurang-kurangnya melebihi $2.55 (RM10 juta) untuk sebuah hypercar yang hampir mustahil untuk dia masuk. Hypercar tersebut menggunakan enjin V18 pengecas turbo berkembar yang menghasilkan kuasa 789hp dan tork 811Nm.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar