Bocor! Adakah ini Honda CR-V baharu generasi baharu?

1058

Honda CR-V generasi kelima yang dijual pada masa ini sudah pun lima tahun selepas diperkenalkan pada 2017. 

Nampaknya umur bagi model SUV itu sudah berada di penghujung dan tiba masanya untuk melancarkan generasi serba baharu.

Media tempatan Jepun menerusi Creative 311, melaporkan satu paten rekaan baharu seolah-olah Honda CR-V generasi terbaharu.



Kemunculan paten rekaan itu bersamaan dengan berita bahwa CR-V model saat ini dihentikan penjualannya di Jepun tahun ini.

Menurut Creative 311, Honda CR-V generasi terbaru akan melakukan debut secara global antara akhir tahun ini sehingga awal 2023.

Jika dilihat pada rekaan pada paten itu, bahagian depan Honda CR-V tampak lebih menonjol dengan bentuk lebih memanjang, selain lampu lebih langsing dan lebar.

Sementara itu, ruang pengambil udara bahagian bawah dan bampar tampak kelihatan lebih rapi serta membuatkan ia lebih lebar di depan.

Di bawah bonetnya, ia dikhabarkan menggunakan enjin empat silinder sebaris 1,500 cc turbo dari model CR-V saat ini.

Baca juga artikel ini:

  1. Honda Malaysia perkenal CR-V Black Edition, harga RM161k

Menurut Creative 311, Honda CR-GV generasi terbaru juga ditawarkan dua rangkaian kuasa yang mana satu daripadanya akan menggunakan enjin 2,000cc dengan motor elektrik.

Konfigurasi 2,000cc hybrid itu sudah digunakan pada Honda Accord 2.0L i-MMD Sport Hybrid yang menyalurkan 212hp dengan tork setinggi 300Nm.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here