Baru-baru ini tular video menunjukkan detik-detik cemas sebuah kapal terbang komersial syarikat Qatar Airways yang berjaya mendarat dengan selamat ketika ribut Eunice melanda Lapangan Terbang Heathrow, London.
Detik bersejarah itu dirakam dari kokpit pesawat yang dipandu oleh Kapten Khalifa Al Thani, bagi merakamkan detik-detik beliau mengendalikan kapal terbang berkenaan.
Video tersebut mendapat perhatian netizen yang kagum dengan kecekapan juruterbang yang mengendalikan pesawat dengan selamat ketika angin kencang.
Berdasarkan rakaman video tersebut, kelihatan tangan kiri Khalifa memegang alat kawalan pendaratan yang sedang bergerak-gerak manakala tangan kanannya memegang tombol bagi mengimbangi badan pesawat tersebut semasa ia mendarat ketika angin kencang.
Selain itu, momen itu boleh disaksikan menerusi saluran YouTube yang dikendalikan oleh seorang penerbit Big Jet TV, Jerry Dywer ketika membuat liputan kapal terbang mendarat dalam keadaan cuaca buruk.
Malah tidak ketinggalan, kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) turut mendapat pujian selepas berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Heathrow, London ketika taufan melanda negara itu.
Baca artikel ini:
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar