Suzuki GSX-S150, segmen naked yang bakal dijual antara RM10K

1563

Seperti yang diumumkan pada September tahun lalu, Suzuki Malaysia akhirnya menunaikan janji mereka untuk memperkenalkan motosikal bersesaran lebih kecil.

Selepas ‘teaser’ harga GSX-R 150 yang harga bermula RM11,XXX, kali ini giliran segmen ‘naked’ menerusi GSX-S 150 pula yang disiarkan di Facebook Suzuki Malaysia.



Menerusi hantaran di Facebook Suzuki Malaysia, harga masih lagi rahsia tetapi ia diletak dengan anggaran RM10,XXX. Mungkin harga asas tidak termasuk insurans bagi motosikal itu tidak lebih RM11,000.

Untuk spesifikasi tempatan, masih belum lagi didedahkan, tetapi bagi model luar negara ia menggunakan enjin satu silinder penyejukan cecair DOHC 147.3 cc, bersama padanan kotak gear enam kelajuan.

Enjin itu dikatakan mampu menyalurkan 19hp pada 10,500rpm dan 1 Nm tork pada 9,000rpm, selain menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).

Selain itu, ia dilengkapi dengan beberapa ciri lain membabitkan:

  • Brek cakera depan bersaiz 290mm
  • Brek cakera belakang bersaiz 187mm
  • Fork teleskopik hadapan dengan monoshock di belakang
  • Panel instrumen digital LCD
  • Lampu jenis LED
  • Ekzos berprestasi tinggi

Baca juga artikel berkaitan

>> Suzuki Malaysia bakal lancar motor sesaran kecil awal suku 2022 termasuk Belang

>> Suzuki Malaysia bakal lancar GSX-R 150, harga bermula RM11k

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here