MBM lancar C-Class baharu, dua varian C 200 Avantgarde dan C 300 AMG, harga bermula RM288K

996

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan segmen sedannya paling popular menerusi C-Class untuk pasaran tempatan.

Generasi kelima yang dipanggil dengan kod W206 itu mengalami perubahan sangat besar berbanding sebelumnya iaitu W205 dan ia adalah model CBU.

Dimensinya kini lebih panjang dengan penambahan 65mm, lebar (+10mm), jarak roda (+25mm) dan lebih rendah pengurangan 9mm berbanding W205.



Inspirasi rekaan S-Class

Ia hadir dengan bonet yang tampak sporty yang mana reka bentuknya diinspirasi daripada model S-Class.

Lampu utamanya terdiri daripada sistem LED berprestasi tinggi dengan bantuan pencahayaan  tinggi adaptif. Lampu belakang lebih nipis dengan dua bahagian. 

Skrin LCD resolusi tinggi

Ruang kabin menerima perubahan yang paling ketara. Apa yang menarik perhatian pastinya Skrin meter instrumen LCD beresolusi tinggi bersaiz 12.3 inci. 

Tidak cukup dengan itu, konsol tengah kini dipasang skrin sentuh 11.9 inci bersama ciri Touch Control yang diposisikan secara menegak. 

Skrin itu dikatakan hanya satu inci lebih kecil berbanding apa yang ada pada S-Class. Lebih menarik lagi, papan skrin tersebut dihalakan 6 darjah ke arah pemandu. Selain ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Aspek ketersambungan dipertingkatkan menerusi Mercedes-Benz Suser Experience (MBUX) generasi kedua dengan modul komunikasi LTE. Ia menawarkan ciri seperti pengimbas cap jari, pengecas tanpa wayar, MBUX Navigation Premium, maklumat lampu isyarat, pakej integrasi telefon pintar dan banyak lagi. 

Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan dua varian C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line yang masing-masing dijual pada harga RM288,334 serta RM330,681.

Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line

  • Varian ini menggunakan enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan transmisi 9G-Tronic yang menyalurkan 204hp dengan tork setinggi 300Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan motor elektrik 15 kW/200 Nm.
  • Pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 7.3 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j
  • Varian C 200 Avantgarde Line dibalut oleh kemasan upholsteri ARTICO berwarna hitam atau sienna brown/black.
  • Varian C 200 Avantgarde Line dipasang dengan rim aloi lima jejari bersaiz 18 inci.

Mercedes-Benz C 300 AMG Line

  • Menerima enjin 2.0 liter turbo berkuasa 258hp pada 5,800rpm dan tork 400Nm pada 2,000 – 3,200rpm. 
  • Enjin itu juga dipadankan transmisi 9G-TRONIC, selain dipadankan motor elektrik 15 kW/200 Nm di samping suspensi Agility Control dengan sistem peredam selektif.
  • Pecutan 0-100 km/j adalah 6 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.
  • Varian C 300 AMG Line menerima bumbung suria dan gril dengan corak menarik dengan rim AMG mult-spoke 19 inci. 

Ciri keselamatan

Dari segi keselamatan, sedan berkenaan dilengkapi pakej Lane Tracking, Active Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, kawalan jelajah, perlindungan pejalan kaki, sistem pemantauan tekanan tayar, serta bantuan parkir aktif. Varian C 300 AMG Line ditambah dengan sistem kamera keliling 360 darjah. 

Warna ditawarkan

  • Merah
  • Perak
  • Biru
  • Kelabu
  • Hitam
  • Putih 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here