Tular seorang lelaki selamat, selepas kereta dirempuh dan digilis kereta kebal

1205

Keadaan di Ukraine ketika ini semakin tegang dan paling getir dalam sejarah 30 tahun Ukraine yang terperangkap dalam persengketaan antara Rusia dan Amerika Syarikat serta sekutu Eropahnya.

Ramai yang terkorban dan tercedera dalam perang Rusia ke atas Ukraine menerusi serangan udara peluru berpandu Rusia yang dilancarkan di lapangan terbang dan pangkalan tentera.



Terbaharu tular di media sosial memamparkan sebuah kereta kebal yang dipercayai milik tentera Rusia bertindak merempuh sebuah kenderaan orang awam di wilayah ukraine.

Menerusi video tersebut yang berdurasi 25 saat, dapat dilihat secara jelas kereta kebal itu sengaja merempuh dan menggilis kereta tersebut. 

Namun, menerusi satu video yang berasingan dilihat lelaki yang sudah berusia yang berada di dalam kereta tersebut dilaporkan selamat dan tahap kecederaan tidak dapat diketahui.

Bagaimanapun, orang ramai dari seluruh dunia berharap kedua-dua negara itu dapat mencapai penyelesaian kepada krisis tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here