Yamaha XMax 250 2022- Hadir enjin emisi Euro 4, warna baharu dan dijual RM21,998

1566

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan XMax 250 baru yang mana skuter itu menerima beberapa peningkatan berbanding model sebelum ini.

XMax keluaran 2022 ini, harga sedikit mahal dengan harga jualan pada RM21,998 tidak termasuk insurans dan cukai jalan berbanding harga RM21,500 sebelum ini.

Pembaharuan yang dilakukan membabitkan: 

  • Enjinnya kini menepati tahap emisi Euro 4
  • Ia kini hadir kunci pintar dengan rekaan baru
  • Perumah lampu hadapan lebih gelap (smoke) berbanding sebelum ini.
  • Hadir dengan warna Icon Grey dan Power Grey.

XMax 2022 masih menggunakan enjin satu silinder 250 cc suntikan bahan api dengan output 22.5 hp dan 24.3 Nm tork. Kuasa itu disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik tali sawat. Kapasiti tangki bahan api berjumlah 13.2 liter. 



Ciri-ciri lain tiada perubahan yang mana ia menggunakan rim 15 inci di hadapan, manakala belakang 14 inci di belakang. Ruang simpanan dibawah tempat pelana boleh memuatkan dua helmet.

Yamaha XMax Icon Grey

Yamaha XMax Power Grey

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here