Kerajaan meminta syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG Sdn Bhd) untuk mengurangkan harga jualan Identtifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Mengulas lanjut, menteri menyatakan kos yang terlibat adalah merangkumi kos tag RFID berkenaan sendiri, pemasangan tag, sistem dan juga pengoperasian.
Namun, seperti semua sedia maklum, pemasangan tag kini dilakukan sendiri oleh pengguna, yang mungkin membolehkan harga tag berkenaan dikurangkan lagi.
Penggunaan tag RFID pada Lebuhraya Utara Selatan telah dimulakan secara meluas sebelum ini, yang membuatkan ramai tidak selesa dengan kos terlibat untuk tag RFID berkenaan – disamping sistem yang dilihat kurang lancar apabila melaluinya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar