Menang patutlah dia pemilik terakhir Lotus Elise ini, sama-sama cantik!

1210
Pada tahun 1990, Lotus Elise mula wujud di pasaran yang dinamakan sempena nama cucu kepada Romano Artioli yang membeli Lotus daripada General Motors (GM) pada 1993.
 
 
Romano Artioli yang merupakan pengerusi dan pemilik jenama Lotus pada ketika itu menamakan model tersebut bersempena nama cucunya, iaitu Elisa Artioli ketika berusia dua tahun.
 
Namun selepas 22 tahun berlalu, Elisa Artioli kembali ke Hethel buat kali pertama dan dia disatukan semula dengan Elise keluaran pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran.
 

Kini, terdapat lebih 35,00 unit Lotus Elise telah diproduksikan sejak 25 tahun yang lalu, dan unit terakhir model tersebut telah berjaya diserahkan kepada pemilik baharu iaitu Elisa Artioli itu sendiri.

Majlis penyerahan Lotus Elise terakhir itu berlangsung di ibu pejabat Norfolk, England di mana Elisa menerima Elise Sport 240 yang dilayangkan warna Championship Gold.

Selain itu, Lotus mengumumkan penamatan produksi bagi model-model Elise, Exige dan juga Evora bagi memberikan laluan kepada model yang lebih moden, seperti Emira dan juga Evija.



Lotus juga bakal memperkenalkan empat buah model kenderaan elektrik (EV) termasuk sebuah SUV elektrik menjelang tahun 2026.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Elisa Artioli (@iamlotuselise)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here