#TahukahAnda: Ambulans tidak boleh langgar lampu merah

15310
Apabila sebuah ambulans membunyikan siren tentunya kenderaan yang berada di laluan berkenaan akan ketepi bagi memberi laluan.
 
 
Tetapi apabila lampu isyarat berwarna merah apa yang perlu dilakukan oleh pemandu ambulans, kenderaan di depan dan kenderaan yang berada di lampu hijau?. Situasi ini akan membuatkan pengguna jalan raya dilema. 
 
Menurut pengguna akaun Facebook Hasif Hassan yang merupakan seorang peguam,  berdasarkan undang-undang sebuah ambulans perlu berhenti dan tidak boleh melanggar lampu isyarat merah. 
 
Setelah diteliti Kementerian Kesihatan mengarahkan jika pemandu ambulans berada di persimpangan lampu isyarat tidak perlu membunyikan siren namun dibenarkan menyalakan lampu kecemasan.
 
 
“Bukan menidakkan keperluan pesakit dalam ambulans tetapi bagi mengelak risiko berlakunya kemalangan yang boleh membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat,” jelasnya.
 
Selain itu, perlu diingatkan juga waris pesakit dibenarkan menaiki ambulans dan jika berlaku kecelakaan dalam perjalanan waris tidak boleh menuntut ganti rugi dari pihak Kementerian Kesihatan. 

SITUASI KEDUA

Bagaimana pula bagi kenderaan yang berada di laluan bertentangan dengan lampu hijau?.
 
“Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulans maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan bergerak ke depan. Hak laluan adalah milik dia kerana lampu isyarat bertukar hijau,” jelasnya. 
 
Sementara, pemandu di bahagian depan yang berada di laluan sama tidak perlu bergerak melanggar lampu merah bagi memberi laluan kepada ambulans.
 
Sekiranya pemandu melanggar lampu merah dan berlakunya perlanggaran dengan kenderaan di lampu isyarat hijau anda tidak boleh menyaman pemandu ambulans dengan alasan memberi laluan. 
 
Jadi apa yang perlu anda lakukan?, jika pemandu ambulans ‘masih dan tetap mahu’ melanggar lampu isyarat, wajar bagi pengguna lain menghimpit ke tepi bagi membuka laluan.
 
Jangan bergerak ke depan melanggar lampu merah atau ‘menumpang’ sama ambulans melanggar lampu merah. 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here