Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) rasmi memperkenalkan model elektrik terkini Ioniq 5 ke pasaran tempatan pada harga bermula RM199,888.
Kenderaan utiliti crossover (CUV) itu merupakan kenderaan elektrik (EV) kedua diperkenalkan oleh HSDM selepas Hyundai Kona Elektrik tahun lalu. Model itu didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu:
- Ioniq 5 Lite (2WD): RM199,888
- Ioniq Plus (2WD): RM229,888
- Ioniq 5 Max (AWD): RM258,888
Kesemua varian berkenaan menawarkan jarak perbatuan signifikan antara 380km hingga 480km, pengecasan pantas dan kelajuan maksimum 185kmj.
PEK BATERI/ PENGECASAN
Bagi varian Ioniq Lite dan Plus dilengkapi dengan pek bateri 58kwH sementara varian Max menawarkan jarak perjalanan lebih jauh dengan pek bateri 72.6kWh.
Menggunakan Platform Modular Elektrik Global Hyundai (E-GMP) untuk Kenderaan Kuasa Bateri, ia dapat menyokong sistem pengecasan pantas 400V (tanpa komponen atau adapter tambahan) dan 800V (standard).
Operasi pengecasan menggunakan alat pengecas 50kW DC dari 10 membolehkan isian semula bateri daripada 10-80 peratus dalam tempoh hanya 47 minit.
Sementara pengecas standard AC rumah 11kW boleh melakukan operasi mengecas dari sifar sehingga penuh dalam tempoh 6.1 jam.
REKAAN LUARAN/DALAMAN
Masuk ke kabin, pertama kali Hyundai menggunakan bonet tiram (clamshell) bagi mengurangkan ruang kecil antara panel dan meningkatkan aerodinamik kereta.
Hyundai juga memilih tema rekaan kabin Living Space yang menggunakan material mesra alam pada beberapa bahagian sentuhan serta ketersambungan termaju dan ciri bantuan pemandu Hyundai SmartSense.
Sementara bahagian luaran diserlahkan dengan bampar depan bentuk V yang diapit dengan lampu nyala siang (DRL) LED.
Reka bentuk depan dan belakang disepadukan menerusi pintu kenderaan (rekaan Parametric Dynamics Hyundai). Hendal pintu jenis auto flush untuk imej sisi lebih kemas dan bersih, selain menambah baik aspek aerodinamik.
Selain itu tiang-C lebih lebar dan besar seperti digunakan model konsep Hyundai 45 EV.
WARANTI
HSDM menawarkan waranti pengilang standard selama 2-tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu). Jaminan bateri EV selama 8-tahun atau 160,000km (mana-mana tiba dulu).
Pakej pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan:
- Lanjutan waranti dan pakej servis: RM10,00 (pakej ini akan meningkatkan waranti standard kepada 5 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dulu) dan servis penyelenggaraan selama 3 tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu). Jaminan untuk bateri EV tidak berubah.
- Stesen pengecas 7kW AC dengan pemasangan standard: RM6,000.
- Stesen pengecas 22kw AC dengan pemasangan standard: RM7,000.
*Caj tambahan akan dikenakan jika ada tambahan penggunaan wayar semasa pemasangan alat pengecas atau berkaitan.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar