Berdasarkan data Agensi Alam Sekitar Eropah menunjukkan bahawa Paris adalah salah satu bandar paling bising dengan lebih 5.5 juta penduduk terdedah kepada pencemaran bunyi.
Dalam usaha menangani masalah tersebut pihak berkuasa memasang peranti radar bunyi pertama. Oleh itu, pemilik motosikal dan kenderaan lain yang mengeluarkan bunyi terlalu kuat akan dikenakan denda.
Radar tersebut diletakkan pada tiang lampu jalan dan mampu mengukur tahap bunyi kenderaan yang bergerak dan dikatakan boleh mengenal pasti nombor pendaftaran.
Buat masa ini radar tersebut masih lagi diperingkat ujian dan sekiranya berhasil pihak berkuasa akan meluluskan undang-undang baharu itu menjelang hujung tahun ini.
Paris merancang untuk mula mengeluarkan denda awal 2023 dan pihak berkuasa akan memasang lebih banyak radar bunyi di bandar-bandar Perancis yang lain.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar