#TahukahAnda: Tangki minyak sebelah kiri atau kanan, ini sebabnya….

9621

Kadangkala ramai yang masih tidak tahu tangki minyak kereta mereka berada di bahagian kiri atau kanan.

Apabila ingin mengisi minyak mulalah menjenguk ke luar sedangkan simbol pam minyak pada panel meter sudah menunjukkan kedudukan tangki bahan api.



Bagaimanapun mengapa pihak pengeluar tidak menyelaraskan bahagian tangki minyak di satu bahagian saja. Tidaklah keliru setiap kali ingin mengisi minyak. 

Sebenarnya, kedudukan tempat mengisi minyak berdasarkan rekaan kenderaan. Ianya bergantung kepada reka bentuk kenderaan yang kemudian menentukan sisi kanan atau kiri penutup mengisi minyak. 
 
Tangki bahan api yang diciptakan pada bahagian sisi yang berbeza untuk semua kereta akan dapat mempercepatkan proses tersebut dan tidak perlu untuk menunggu dalam masa yang lama sekiranya semua kereta menggunakan set pam yang sama.
 
 
Manakala, sekiranya penutup tangki bahan api berada betul-betul di tengah bahagian belakang, cara itu dianggap tidak selamat kerana jika kereta dilanggar dari belakang. Maka risiko untuk tangki bahan api meletup adalah sangat tinggi dan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan pengguna jalan raya lain.
 
Merujuk piawaian sistem bahan bakar, tangki bahan api perlu diletakkan di bahagian sisi kenderaan dan bertentangan dengan sistem ekzos serta pendawaian elektrik.
 
Disebabkan kedudukan lubang bahan api jauh daripada sistem tersebut, ianya sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran.
 
Menurut pakar-pakar automotif, atas faktor keselamatan mereka mencadangkan untuk menempatkan tangki bahan api di sebelah penumpang, untuk melindungi pemandu daripada trafik dan lalu lintas ketika sedang mengisi minyak.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here