Sebuah limousin lama yang dibaiki semula diiktiraf sebagai kereta terpanjang dunia oleh Guinness World Records.
Kereta limousin dengan panjang 18.28 meter yang dinamakan sebagai American Dream itu dibina pada 1986 oleh seorang peminat kustom kenderaan, Jay Ohrberg.
Kemudian dia menambah panjangan kereta itu menjadi 30.5 meter sekali gus melayakkan American Dream dinamakan sebagai kereta terpanjang dunia oleh Guinness World Records.
Pada bahagian kabin disematkan dengan sentuhan mewah bahkan turut tersedia katil dan tempat tidur, tab mandi, padang golf mini, helipad dan boleh memuatkan lebih daripada 75 orang.
Selain itu, kenderaan itu pernah muncul beberapa kali dalam filem Hollywood sebelum ditinggalkan dalam keadaan terbiar di sebuah gudang di New Jersey selama bertahun.
Pemilik sebuah muzium automobil dari New York, Michael Manning kemudiannya membuat keputusan untuk membaiki imousin tersebut.
Bagaimanapun, akibat kekangan wang, rancangan Manning untuk membaiki American Dream terbantut sehingga memaksanya menjualnya di laman eBay sebelum dibeli oleh seorang pemilik muzium kereta di Florida.
Selepas dibawa ke Florida, Manning tidak berputus asa dan melakukan pengubahsuaian kereta itu dan dilaporkan akan dipamerkan di Muzium Dezerland Park Car.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar