Bagi membuka jalan bagi mobiliti masa depan di Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan model elektrik pertamanya, EQA 250 ke pasaran tempatan.
Model elektrik itu adalah sebuah kenderaan SUV kompak yang menggunakan platform GLA.
Biarpun ia kelihatan sama, ia masih lagi jelas berbeza membabitkan:
- Jeriji yang tidak mempunyai corong udara dan digantikan dengan panel radiator berwarna hitam bersama logo Mercedes-Benz EQ.
- Perumah lampu hadapan dengan kemasan biru pada bahagian atasnya.
- Jalur gentian optik digunakan sebagai penyambung di antara lampu LED utama dan lampu nyalanan siang.
- Bahagian sisi, ia menggunakan rim AMG lima jejari bersaiz 19 inci dengan rekaan lebih ergonomik, emblem EQA berwarna biru dan slot pengecasan.
5. Lampu belakang LED bercantum dalam jalur lampu LED tirus, sekali gus menggariskan kesan lebar pada pandangan belakang EQA.
Ruang dalamannya pula, masih lagi mengekalkan identiti karakter Mercedes-Benz yang lain membabitkan:
- Masih mengekalkan skrin berkembar untuk sistem MBUX yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
- Ciri Live Traffic Information dan modul komunikasi LTE untuk perkhidmatan Mercedes me connect.
- Kemasan lampu berwarna biru pada papan pemuka, corong penyaman udara, konsol tengah dan karpet lantai.
- Ia turut memiliki lampu ambien dengan pilihan 64 warna berbeza.
Bagi menggerakkan EQA 250, ia menggunakan motor elektrik yang dipadankan pek bateri berkapasiti 66.5kWh. Ia mampu menyalurkan 190hp dan tork 375Nm yang mana kuasanya disalurkan ke roda hadapan.
Sekali caj Penuh, ia boleh dipandu sejauh 426km dengan kelajuan maksimum 160km/j dan pecutan 0-100km/j dalam masa 8.9 saat.
Kenderaan itu boleh dicas dengan dua cara iaitu:
- Pengecasan pantas (DC sehingga 100kW), baterinya boleh dicaj daripada 10 menjadi 80 peratus dalam masa hanya 30 minit.
- Pengecas AC 11kW, pengecasan penuh akan mengambil masa selama lima jam dan 45 minit.
Sistem keselamatannya ia dilengkapi Active Brake Assist, Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, kawalan jelajah, sistem PRE-SAFE, TPMS dan banyak lagi.
Harganya pula, ia dijual bermula RM278,201 seunit dengan jaminan selama empat tahun. Baterinya pula diberi jaminan selama 8 tahun atau perbatuan sejauh 160,000km.
Pelanggan yang membeli wallbox pula akan menerima jaminan selama dua tahun.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
GALERI MERCEDES-BENZ EQA 250