#TahukahAnda: VW pernah ada model supercar, Nardo namun beri laluan pada Bugatti Veyron

1243

Di bawah payung Volkswagen Group terdiri daripada barisan jenama hebat misalnya Lamborghini, Audi, Bentley dan Porsche. Jadi tidak pelik jika ada mendapati adanya persamaan barisan teknologi.

Bahkan, Volkswagen (VW) sendiri memiliki model prestasi yang menjadi idaman kaki kereta iaitu Golf GTI dan Golf R. Tetapi, tahukah anda bahawa jenama Jerman itu sebenarnya pernah membangunkan sebuah supercar.



Bagaimanapun supercar tersebut tidak pernah memasuki barisan pengeluaran yang mana sekadar model konsep yang dinamakan VW Nardo. Ia diperkenalkan pada 1997 dan dipamerkan di Pameran Motor Tokyo (2001) yang menggunakan enjin 12 silinder (400hp).

Model konsep itu mencatatkan rekod kereta enduran terpantas dunia dalam tempoh 24 jam di trek Nardo Ring dekat Lecce, Itali pada 2002 dengan jarak 7,740.576km pada kelajuan 322.891kmj.

Enjin W12 5.6 liter mid-rear itu kemudian berevolusi menjadi enjin W16 Bugatti Veyron yang dinaik taraf kepada versi roadster pacuan roda belakang dengan kelajuan maksimum 355kmj.

Mengapa menggunakan enjin Bugatti?, ini kerana ketika itu Bugatti masih di bawah VW Group bagaimanapun jenama hypercar berkenaan meninggalkan syarikat berkenaan tahun lalu bergabung bersama Rimac Automobili dan Porsche AG. 

Walaupun versi prototaip mencipta rekod kelajuan dunia, VW memutuskan untuk membina Bugatti Veyron sebagai ganti sekaligus menjadi kereta terpantas di dunia.

Walau hanya sekadar model konsep, Nardo masih dikenali antara kereta yang lebih baik daripada model Bugatti yang pernah dihasilkan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here