Toyota GR Yaris memiliki sentuhan kereta lumba WRC adalah enjin tiga silinder terkuat pernah dibekalkan pada kenderaan pengeluaran massa.
Jika itu anda rasa sudah mencukupi, tonton video akaun Youtube, Attack Official Movie Channel (di bawah) yang memaparkan Toyota GR Yaris mengatasi kelajuan Nissan GT-R Nismo.
GR Yaris berkenaan sebenarnya sudah ditala sehingga membolehkan hot hatch itu melengkapkan pusingan litar dalam 58.573 saat iaitu 0.788 saat lebih pantas berbanding masa yang dicatatkan Nissan GT-R Nismo pada 2019.
Bagaimanapun, tidak banyak butiran mengenai pengubahsuaian yang dilakukan tetapi berdasarkan beberapa sumber dari Time Attack, kereta itu didorong dengan kuasa sehingga 355hp.
Ia menggunakan tayar 265mm berbanding tayar standard iaitu 225mm selain GR Yaris memiliki berat 503kg lebih ringan daripada GT-R Nismo.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar