Pakcik Shell: Betulke tarik nozel minyak dapat minyak ekstra, ini jawapannya….

3738

Siapa yang tidak kenal dengan Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain selaku Pengarah Urusan Shell Malaysia.

Pakcik Shell begitu dikenali dengan murah senyuman dan mudah didekati selain sering berkongsi pelbagai tips di laman media sosial miliknya.



Baru-baru ini, Pakcik Shell membongkarkan tentang teknik yang digunakan orang ramai apabila mengisi minyak di posisi pam minyak berlawanan akan dapat minyak ekstra.

“Isi terbalik, minyak EKSTRA?

“Ini hanyalah sekadar berkongsi fakta. bukan utk menimbulkan perdebatan. Kefahaman boleh juga mengelak kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi utk kesan minyak penuh jika diletak terbalik. 

“Auta – tak perlu isi terbalik untuk dapat minyak EKSTRA. so, apa yg anda rasa boleh memberi anda EKSTRA? 🇲🇾 we are run by malaysians, for malaysians.

 

Menerusi video pendek itu, beliau menunjukkan dua kaedah menggunakan pam minyak berhampiran tangki minyak atau sebaliknya.

Berdasarkan percubaan itu dengan isian RM20.50 kedua-dua cara memperoleh jumlah minyak yang sama iaitu 10 liter, tiada perbezaan. 

Selain itu, sekiranya mengisi minyak dengan posisi hos pam minyak secara berlawanan boleh meningkatkan risiko kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi untuk mengesan tangki minyak penuh. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here