MotoGP 2022 yang akan berlangsung pada minggu ini bermula 18 sehingga 20 Mac ini akan mencatat sejarah bagi negara Indonesia sebagai tuan rumah pada siri kejohanan kali ini di Litar Mandalika.
Sempena meraikan peristiwa bersejarah itu, para pelumba MotoGP berarak di jalan raya awam Jakarta bermula dari Istana Merdeka hinggalah ke Hotel Bundaran.
Ketikak perarakan tersebut hampir semua pelumba MotoGP menggunakan motosikal yang mempunyai sesaran sekitar 1,000cc seperti Panigale, pelumba Yamaha dengan R1M, pelumba Honda dengan menggunakan RC213VS versi jalan raya.
Namun apa yang menariknya, Alex Rins dan Joan Mir sebagai pelumba Suzuki tidak menurunkan jentera mereka iaitu GSXR1000 untuk MotoGP 2022.
Sebaliknya hanya mereka memilih Suzuki Gixxer SF250 yang dibalut dengan warna biru dan perak yang memang merupakan livery GSX-RR terbaru yang mempunyai sesaran 250cc sahaja.
Menurut Teuku Agha Alravy sebagai Sales & Marketing 2W Dept. Head PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) mengatakan sebenarnya ia merupakan langkah mempromosi kerana Gixxer SF 250 merupakan salah satu produk terbaharu yang dipasarkan di Indonesia.
Oleh itu, pihak produksi menggunakan para pelumba Suzuki sendiri sebagai salah satu cara untuk mempromosi dan untuk mendekati pelanggan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar