Proton Saga Black Knight Edition dipamer di kelab eksklusif tengah kota London

1647

Masihkah anda ingat dengan Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition (1989) yang menjadi pemenang utama acara Hagerty Festival of the Unexceptional di Grimsthorpe Castle, Lincolnshire, tahun lalu?.

Kereta milik pegawai polis dari Boston, Lincolnshire, United Kingdom (UK), Jon Coupland itu dipamerkan di Royal Automobile Club (RAC) di Pall Mall. Ia merupakan kelab eksklusif untuk ahli berdaftar yang terletak di kota London. 



Dipamerkan di tengah ruang masuk utama (Rotunda) RAC, ia merupakan satu penghormatan buat jenama Proton mengambilkira model-model klasik yang pernah dipertontonkan di ruangan tersebut. 

Antara model yang pernah dipamerkan di ruangan tersebut adalah Aston Martin Vantage Volante, Land Rover Series One, Bugatti Type 57S ‘Atlantic’ Recreation, Morris Minor MM (1948), Mercedes Benz – 300SL Roadster dan lain-lain lagi.

Difahamkan pihak RAC akan menukar model kereta setiap dua minggu dan kenderaan dipamerkan bersama ringkasan sejarah model. 

Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition dikeluarkan sebanyak 201 unit hanya untuk pasaran UK. Dipercayai kereta milik Coupland satu-satunya Black Knight yang masih ada di jalan raya.

Saga Black Knight menggunakan enjin 1.5 liter karburator yang dibezakan dengan jalur pelekat badan ‘Knight’ serta imej pahlawan berkuda, penutup rim besi 13-inci dan spoiler but belakang dari material getah.

Menurut Coupland, pemilik asal kereta tersebut menyimpan kereta berkenaan di garaj sejak 1993 dengan jarak perbatuan 5,794km kerana tidak sihat.

Kemudian model itu dibeli pemilik kedua pada 2017 dengan perbatuan 16,093 km sebelum dimiliki oleh Coupland dua tahun lalu.  Selain itu, Coupland juga merupakan pengumpul tegar kenderaan Proton.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here