Sebuah kereta mikro dikenali sebagai Peel P50 yang dihasilkan oleh Peel Engineering Company dari tahun 1962 hingga 1965 dijual sehingga ratusan ribu ringgit.
Kereta unik dan jarang ditemui tersebut berjaya dijual dalam satu lelongan di Platform lelong online, Car and Classics pada harga pound sterling 111,000 (RM608,185) yang merupakan bidaan kedua tertinggi untuk bidaan di Britain.
Kereta mikro Peel P50 hanya mempunyai satu ruang iaitu untuk pemandu dan tidak mampunyai gear undur. Jadi secara logiknya, pemandu perlu keluar dan menolak kereta itu ke belakang.
Dari segi mekanikal, Peel P50 digerakkan enjin silinder tunggal 49cc yang dipadan bersama transmisi manual tiga kelajuan. Berat pula hanya 59kg sahaja.
Di dalam kereta tersebut tiada odometer, dan difahamkan kenderaan itu boleh dibawa sejauh 160km dengan kelajuan maksimum 61kmj dengan penggunaan bahan api 42.5 km/liter.
Model berwarna merah keluaran tahun 1963 itu dianggap antara yang paling awal seumpamanya dikeluarkan.
Peel P50 tersebut dijual pada harga pound sterling 199 (RM1,098) sahaja, dan hanya 46 unit dikeluarkan. Namun disebabkan keunikannya ia menjadi rebutan dan mampu mencapai nilai lelongan yang tinggi.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar