Di negara jiran, Indonesia kini hangat tentang penangkapan dua orang influencer yang sering mempamerkan kehidupan mewah termasuklah koleksi kenderaan super mahal.
Indra Kenz atau nama sebenar Indra Kesuma begitu popular dengan tagline ‘murah banget’ di akaun TikTok ketika mempamerkan harga barangan yang dibeli.
@indrakenz Semoga di taun baru 2022 ini kalian semua bisa punya mobil impian juga yak!! #murahbanget
Antara aset Indra Kenz yang dirampas termasuklah Tesla Model 3, Ferrari California (2012), Lamborghini Huracan 580 Spyder dan Rolls-Royce Phantom Coupe serta beberapa buah rumah.
Sementara itu, pihak polis turut merampas aset Doni Muhammad Taufik bernilai rupiah 64 bilion (RM18.7 juta) kerana terlibat dalam penipuan skim pelaburan Quotex.
Nilai rampasan itu melibatkan 97 aset dan barang berharga milik suspek yang dikenali sebagai Doni Salmanan antaranya 18 motor, enam buah kereta dan beberapa aset hartanah.
Antara kenderaan yang dirampas adalah Lamborghini Gallardo, Lamborghini Huracan, Porsche 911 GT3, Toyota Fortuner, Honda CRV, BMW S1000RR, Kawasaki Ninja H2 dan H2R, BMW 840 Coupe M Tech, Ducati Superleggera V4, Yamaha T-Max dan Harley Davidson Road Glide CVO.
Jika sabit kesalahan Indra Kenz yang kerap dijuluki ‘Crazy Rich Medan’ dan Doni Salmanan sebagai ‘Crazy Rich Bandung’ bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara.
Kedua-duanya menggunakan trik pemasaran mempamerkan kekayaannya ke publik sehingga membuat banyak mangsa tergoda dengan ajakannya dalam trading.
Mereka menjadikan gaya hidup sebagai contoh dari keuntungan bermain trading sedangkan harta kekayaan adalah hasil dari kerugian mangsa.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar