Michelin melancarkan tayar Pilot Sport generasi kelima, harga bermula dari RM700-RM1,900

855

Pengeluar tayar terkemuka di dunia Michelin, melancarkan Michelin Pilot Sport 5 yang mensasarkan kepada para peminat kereta sport dan sedan berprestasi tinggi.

Michelin Pilot Sport 5 menampilkan teknologi Dual Sport Tread Design yang mampu memastikan prestasi kawalan, cengkaman dan brek yang lebih meyakinkan di atas jalan basah dan kering, dibantu dengan ciri Groove Clear untuk menyingkirkan air dengan lebih cekap.



Teknologi Dynamic Response pula menampilkan binaan aramid hibrid dan sawat nilon yang membekalkan pengendalian yang optimum, manakala MaxTouch ConstructionTM pula memaksimumkan tahap sentuhan tayar atas jalan raya, selain mengagihkan tenaga pecutan, pembrekan dan pembelokan dengan lebih sekata, menjadikan jangka hayat bunga tayar yang lebih lama.

Antara kelebihan utama Michelin Pilot Sport 5:

  • Cengkaman tayar yang berpanjangan disumbangkan oleh teknologi Bunga Tayar Sport dengan Dua Rekaan yang diinspirasikan dari sukan permotoran. Pugar Alur (Groove Clear) yang mempamerkan alur serenjang bersaiz besar pula berfungsi untuk menyingkirkan air dengan cekap.
  • Teknologi Respons Dinamik yang menampilkan aramid hibrid dan sawat nilon untuk membekalkan keupayaan pengendalian yang optimum.
  • MaxTouch ConstructionTM yang membolehkan bunga tayarnya bertahan lebih lama tanpa berkompromi dengan prestasi.
  • Ciri Wear2Check, iaitu indikator kehausan tayar untuk memudahkan pengguna membuat pemantauan selain membantu mengoptimumkan potensi kelanjutan hayat tayar tersebut.

Michelin Pilot Sport 5 boleh didapati dalam 26 saiz untuk rim 17-19 inci bermula 4 April 2022, dan 21 saiz lagi dari 17-21 inci bakal tersedia pada penghujung 2022.

Harga runcit yang disyorkan untuk MICHELIN Pilot Sport 5 baharu bermula dari RM700-RM1,900.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here