Ini bukan VW Beetle, tapi ORA Punk Cat – Siap ada 4 pintu lagi!

860

Sebelum ini, Ora yang merupakan subjenama dari pengeluar automotif China, Great Wall Motors (GWM) memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya (EV) kompak yang comel digelar Ora Good Cat.

Namun, selepas itu jenama berkenaan muncul dengan satu lagi EV kompak yang dihasilkan dengan rekaan berkonsep retro dan radikal, yang diberi nama Ora Punk Cat dengan penampilan yang serupa dengan Volkswagen Beetle.



Dengan rentuk bentuk yang diinspirasikan dari Volkswagen Beetle klasik, model ini mempunyai bentuk badannya yang seakan kumbang, Punk Cat juga hadir dengan lampu hadapan bulat dengan kemasan krom sekeliling, lampu belakang oval, bampar hadapan dan belakang dalam kemasan krom serta warna badan tiga-tona.

Bagaimanapun ia menampilkan badan empat pintu, berbeza dengan kereta ikonik asli Jerman berkenaan tampil dengan badan dua pintu, manakala dari segi dimensi, model ini lebih panjang berbanding dengan versi elektrik iaitu Ora Good Cat.

Ora Punk Cat mempunyai motor elektrik dengan kuasa puncak 220 kW (299 hp). Ia dilengkapi dengan penggunaan bateri LFP daripada CATL (Contemporary Amperex Technology Co. Limited).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here