Utama Berita Automotif Lebuhraya rosak teruk selepas gempa, Jepun siap baiki kurang 16 jam

Lebuhraya rosak teruk selepas gempa, Jepun siap baiki kurang 16 jam

2626
Gempa bumi kuat melanda pantai timur laut Jepun pada Rabu lalu, menggegarkan bangunan dan mencetuskan amaran tsunami.
 
Gegaran itu mencatatkan magnitud 7.3 yang melanda sehingga 60km di bawah paras laut. Bagaimanapun tindakan pantas pihak Jepun selepas bencana meraih perhatian dunia.
 
 
Misalnya gegaran gempa merosakkan beberapa sistem pengangkutan dan operasi perkhidmatan kereta api di bandaraya Fukushima digantung sementara.
 
Namun tidak sampai 24 jam, syarikat pengendali kereta api terus menghantar kakitangan membaiki kerosakan tersebut.

 
Di samping itu, kerosakan jalan raya juga memberi kesan kepada pengguna untuk bergerak. Salah satu jalan yang terjejas teruk adalah Lebuhraya Tohoku yang retak sepanjang 100 meter.
 

Syarikat penyelenggaraan Nippon Expressway Company (NEXCO) mengejutkan dunia apabila membaiki kerosakan dalam tempoh kurang 16 jam.



Kerosakan dipercayai berlaku pada jam 11.36  malam kejadian gempa dan kerja baik pulih siap sepenuhnya pada esoknya (Khamis) jam 3.30 petang. Perkongsian NEXCO di Twitter membuatkan pengguna media sosial kagum dengan tindakan pantas itu.

Ini bukanlah perkara baharu yang menunjukkan gerak kerja Jepun efisien dan responsif. Misalnya kejadian gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac 2011 yang meninggalkan kesan  teruk pada sistem pengangkutan Jepun. 

Kejadian gempa 2011

Bencana alam itu menyebabkan permukaan jalan Leburaya Great Kanto di Naka musnah sehingga meninggalkan jurang besar 150 meter di tengah jalan. Pihak NEXCO mengambilmasa hanya enam hari membaiki kerosakan jalan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here