Konvoi kereta ‘kayangan’ sekat jalan tengah lebuhraya, rupanya ini yang berlaku….

2710

Sejak semalam tular sebuah video di media sosial melibatkan konvoi sekumpulan kereta mewah yang menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya sehingga mendapat kecaman pengguna media sosial.

Difahamkan kejadian itu sebenarnya berpunca daripada seorang pemandu mabuk Ford Ranger berwarna putih yang memandu secara merbahaya dan melanggar salah sebuah kereta konvoi tersebut.



Menerusi video tersebut, Ford Ranger berkenaan dilihat dipandu secara berbahaya dari laluan kanan ke kiri sebelum bergerak ke tengah semula, seolah-olah cuba menghimpit konvoi kereta mewah berkenaan.

Selepas itu, Ford Ranger tersebut melanggar sebuah Lamborghini berwarna hijau dari bahagian sisi sehingga ia beralih ke tepi laluan.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda tersebut merupakan seorang wanita lalu kumpulan konvoi tersebut mengambil inisiatif sendiri dengan menahan kereta tersebut sebelum kejadian lebih buruk terjadi.

Dalam satu rakaman berlainan, menunjukkan Ford Ranger tersebut dikepung di tengah lebuhraya oleh konvoi kereta mewah berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini tiada apa-apa kenyataan dari pihak berkuasa.

Hasil perkongsian video itu menimbulkan rasa berang netizen terhadap konvoi tersebut susulan tidak mengetahui kejadian sebenar. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here