Thailand lancar skuter adventure Honda ADV350, harga RM22k

2964

Akhir tahun lalu, model skuter versi adventure terbaharu Honda ADV350 (2022) rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah.

Terbaharu, model berkenaan dilancarkan di Thailand dengan dua pilihan varian Standard dan RoadSync Type. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu warna perak, hitam dan merah.



Harga jualan skuter adventure tersebut adalah baht 181,900 (RM22,900) ribu) bagi versi Standard manakala baht 183,900 (RM23,000) bagi varian RoadSync Type.

Honda ADV350 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya sistem kunci dan kawalan pintar Honda, panel meter LCD penuh, sistem lampu LED, skrin penghadang angin boleh laras dan konsol depan dengan port pengecas USB.

Versi terbaharu ini, masih mengekalkan ciri yang praktikal untuk kegunaan harian antaranya ruang simpanan bawah pelana bersaiz 48 liter yang boleh memuatkan dua helmet muka penuh. 

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • Fork depan terbalik (USD) 37mm dengan penyerap hentak berkembar di belakang
  • Tayar 120/70-R15 (depan)
  • Tayar 140/70-R14 (belakang)
  • Tangki minyak bersaiz 11.7 liter
  • Lampu LED penuh

Dari segi kuasa, ia dilengkapi enjin 330cc SOHC yang menghasilkan kuasa maksimum 28.83hp @ 7,500rpm dan tork 31.5Nm @ 5,250rpm bersama transmisi CVT. 

Buat masa ini tiada pengesahan sama ada ADV 350 ini akan dipasarkan di Malaysia, kita nantikan.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here