Hummer X3 Sheikh Pelangi, tiga kali ganda saiz standard dilengkapi tandas

3767

Sheikh Pelangi atau nama sebenarnya Sheikh Hamad bin Hamdan Al-Nahyan, merupakan salah seorang kerabat diraja Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Dia yang memiliki Muzium Auto Kebangsaan Emiriyah (ENAM) yang juga dikenali sebagai Muzium Kereta Sheikh Pelangi itu menempatkan kira-kira lebih 3,000 koleksi kereta pelbagai jenama.



Terbaharu, orang ramai tertarik dengan ciptaan terbaru Sheikh Pelangi iaitu Hummer H1 bersaiz gergasi yang digelar “X3”.

Namun sebelum ini, dia juga memiliki kenderaan SUV gergasi di dunia termasuk Jeep dan trak Dodge Power Wagon 1950-an yang mana lapan kali ganda besar berbanding saiz normal.

Dodge Power Wagon gergasi itu dibina seperti sebuah hotel dengan bilik tidur di dalamnya, dan mungkin beliau bercadang untuk melakukan perkara yang sama dengan Hummer X3.

Hummer H1 tersebut juga sesuai dengan nama iaitu X3, kerana mempunyai saiz besar tiga kali ganda berbanding saiz Hummer biasa.

X3 tersebut mempunyai ketinggian 6.5 meter, panjang 14 meter, dan lebar sebanyak 5.7 meter itu turut dilengkapi beberapa kemudahan seperti tandas dan singki serta ia boleh dipandu seperti Hummer biasa yang dilengkapi enjin diesel.

Selain itu, Hummer H1 atau X3 tersebut kini dipamerkan di Muzium Sejarah Off-Road di Al Madam, UAE.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 4 Auto Museums, UAE & Morocco (@shhamadbinhamdan)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here