Syahmi Sazli lepaskan Honda Jazz dan Toyota Alphard, angkat G Wagon

8156

Syahmi Sazli yang sebelum ini bermula sebagai Youtuber menerusi beberapa drama spontan memanjangkan langkahnya ke arus perdana menerusi filem pecah panggung Mael Totey The Movie.

Baru-baru ini Syahmi berkongsi video pendek di akaun TikTok miliknya dengan kapsyen selamat tinggal. Video 1 minit 22 saat itu menunjukkan Syahmi melepaskan Honda Jazz dan Toyota Alphard miliknya kepada pembeli baharu.

@syahmi_sazli

Selamat tinggal👋❤️

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli



“Terima kasih atas jasa sebelum ini,” katanya yang kelihatan sedih melepaskan kereta pertama yang dimiliki iaitu Honda Jazz. 

Selain itu, Syahmi turut menghadiahkan pewangi Blank percuma kepada pembeli keretanya. 

Sementara pada video kedua, Syahmi menunjukkan dia membeli sebuah SUV Mercedes-Benz baharu awal bulan ini yang mana sudah diubahsuai.

@syahmi_sazli

Alhamdulillah..

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli

Syahmi menunjukkan penampilan model tersebut selepas modifikasi dengan menukar bahagian gril, rim dan lampu utama menggunakan jenis LED. 

Mercedes-Benz G350d berkenaan bernilai sekitar RM1 juta bagi model baharu bagaimanapun melihat kepada hantaran yang dikongsi di laman Instagram, SUV tersebut dibeli pada pengedar kenderaan recon.

Kemungkinan harga SUV itu sedikit murah berbanding model serba baharu. Mercedes Benz G350d dijana oleh enjin OM656 3.0 liter enam silinder sebaris turbo diesel yang menghasilkan  kuasa 281hp @ 3,400-4,600rpm dan tork 600Nm @ 1,200-3,200rpm.

Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 9G-Tronic dengan pacuan semua roda membolehkan G Wagon itu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 7.4 saat dengan kelajuan maksimum 199kmj.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here