Motosikal jenama Yamaha 125zr mula diperkenalkan di pasaran tempatan secara rasmi pada Julai 2003, dan mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda terutamanya.
Namun, pengeluaran Yamaha 125zr berakhir pada 2018 tetapi masih lagi memiliki peminat yang ramai sehinggakan harga yang ditawarkan melonjak berkali ganda dengan harga asal.
Terkini seorang penjual menolak ‘coverset’ Yamaha 125ZR VR46 edisi terhad pada harga lebih RM10,000.
Kisah tersebut dikongsi oleh Facebook, Syukee Daniel, selepas pembeli yang hadir ke kedai untuk mengambil barang yang dibeli di Facebook live sebelum itu.
“Allhamdulillah SOLD OUT FULL OM 46, RM10, 200,” tulisnya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar