Pekerja pembersihan MotoGP Mandalika mengeluh, sampah 26 tan sehari

2868

Indonesia yang menjadi tuan rumah untuk perlumbaan MotoGP selepas 25 tahun, semestinya menjadi kebanggan untuk rakyat negara tersebut.

Namun sejak perlumbaan GPIndonesia di Litar Mandalika itu ada sahaja cerita yang pelik berlaku.



Selain kontroversi khidmat bomoh wanita di litar untuk melakukan ritual menolak hujan, terbaru lain pula kisahnya.

Berdasarkan perkongsian di Twitter @Waste4Change menjelaskan sampah yang dikumpulkan mencecah sehingga 26 tan bagi sepanjang perlumbaan kejohanan dunia itu. 

Pengguna Twitter @Muhammad_Getar turut berkongsi keluhan sama yang merupakan seorang kakitangan pembersihan di Litar Mandalika. Dia menjelaskan sampah baling banyak ditinggalkan adalah kotak ayam KFC.

“Capek banget jadi petugas kebersihan MotoGP Mandalika. Penontonnya ninggalin barang aneh-aneh lagi,” tulisnya.

“Dengan begitu ramai pengunjung yang datang, malah ia turut menghasilkan banyak sampah yang bertaburan di gerai-gerai.

“Bukan sahaja bertaburan di atas lantai, sampah botol minuman juga ditinggalkan di dalam bekas cawan yang terletak di setiap tempat duduk penonton. Di tempat duduk itu juga tiada tong sampah,” katanya.

Berdasarkan perkongsian gambar, dapat dilihat sampah yang ditinggalkan penonton seperti pembalut makanan, baju hujan pakai buang, tisu, dan sebagainya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here