Ford Ranger Getaway – Uji potensi sebenar Ford Ranger dan Ranger Raptor anda di laluan off-road serta jalan bertar

711

Pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor yang mahu mengetahui potensi sebenar trak gaya hidup dan prestasi mereka boleh menyertai Ford Ranger Getaway yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.

Ia membabitkan sesi bimbingan sehari bersama jurulatih pemanduan meliputi laluan jalan raya dan off-road di sekitar Sepang untuk pemilik Ranger serta Raptor pada 26 Mac 2022.

Pelanggan hanya membayar 50 peratus daripada harga sebenar untuk pengalaman latihan di Sepang itu.



Setiap peserta boleh membawa teman secara percuma. Pelanggan digalakkan mendaftar dengan segera untuk mendapatkan pengalaman unggul itu kerana penyertaan adalah terhad.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion- Ford, Turse Zuhair berkata, melalui program pengalaman Ford Ranger Getaways, pihaknya mahu menyediakan platform kepada pemilik untuk membongkar potensi dan kebolehan sebenar Ranger mereka melalui rangkaian pengalaman tempatan yang dipilih khusus.

“Ford Ranger Getaways bukan sahaja menawarkan pemilik Ranger dan Ranger Raptor pengalaman unik merasai pengalaman Live the Ranger Life, malahan kami turut membantu pelancongan tempatan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik,” katanya.

Ford Ranger Getaways adalah tawaran terbaharu pengukuhan jenama “Live the Ranger Life”. Ia merangkumi nilai dan persona Ranger yang sudah berkembang daripada hanya sebagai kenderaan kerja kepada trak serba boleh dan premium yang memenuhi semua keperluan dan gaya hidup pilihan pemiliknya.

Pengalaman Latihan Yang Tiada Tandingan di Sepang membabitkan:

  • Pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor yang menyertai sesi latihan sehari pada 26 Mac ini bakal mempelajari tip dan teknik tentang kaedah duduk dan kendalian.
  • Mereka juga merasai pengalaman praktikal autocross atas jalan bertar, kursus off-road 4×4 dan kursus Baja yang akan memperlihatkan kehebatan sebenar trak performance Ford untuk Ranger Raptor.
  • Peserta juga akan dapat merasai pengalaman  hot lap Baja bersama jurulatih.
  • Pemilik Ford Ranger akan melalui modul yang sama seperti Raptor kecuali kursus dirt cornering dan drifting  mengggantikan kursus Baja dan hot lap bersama jurulatih.
  • Latihan untuk kedua-dua hari tersebut akan bermula jam 8.30 pagi di Litar Antarabangsa Sepang. Sijil penyertaan akan diserahkan kepada semua peserta di akhir latihan.

Untuk menempah pengalaman istimewa Sepang Ford Ranger Getaway pada 26 Mac, atau ingin tahu lebih lanjut tentang percutian menarik lain,  sila layari sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here