Marc Marquez mengalami kemalangan di selekoh tujuh Litar Mandalika ketika sesi pemanasan badan dan susulan insiden itu ‘baby alien’ berkenaan mengalami gegaran otak.
Kesan dari kemalangan tersebut dia tidak dapat beraksi pada pusingan GP Indonesia selain
jentera Honda RC213V mengalami kerosakan teruk.
Semalam, Marquez berkongsi di akaun di Twitter bahawa dia menghidapi masalah diplopia (masalah melihat imej berganda) selepas terlibat dalam kemalangan.
Bagaimanapun, dia menjelaskan penyakit yang dialami tidaklah seteruk sebelumnya dan masih tidak tahu bila boleh kembali semula menunggang.
“Nampaknya seperti saya mengalami ‘deja vu’. Dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, saya mula tidak berasa selesa dengan penglihatan saya.
“Saya bertemu Dr Sanchez Dalmau dan beliau mengesahkan saya sekali lagi berdepan masalah diplopia.
“Nasib baik, ia kurang teruk daripada kecederaan yang dialami di penghujung tahun lalu tetapi kini saya perlu berehat dan lihat sejauh mana tahap kecederaan ini,” katanya.
It seems that I am experiencing déjà vu… During the trip back to Spain, I began to have discomfort with my vision, and we decided to visit Dr. Sánchez Dalmau, who confirmed that I have a new episode of diplopia. (3/4)
— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 22, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar