Bekas menteri Afghanistan jadi pemandu Uber, peroleh RM629

992

Terdahulu tular beberapa keping gambar di media sosial yang menunjukkan bekas Menteri Komunikasi dan Teknologi Afghanistan, Syed Ahmad Saadat menjadi penghantar makanan piza di bandar Leipzig, Jerman.

Terbaharu, bekas Menteri Kewangan Afghanistan, Khalid Payenda bekerja sebagai  pemandu Uber di Washington.



Khalid Payenda yang pernah menyelia dan membentang belanjawan Afghanistan sebanyak AS6 bilion (RM25 bilion) kini menjadi pemandu Uber bagi menyara keluarga.

Menurut sumber Washington Post, dia memperoleh pendapatan tidak lebih AS150 (RM629) dalam tempoh enam jam bekerja.

Malah, bekas menteri berusia 40 tahun itu berkata, dia mampu memperoleh bonus sebanyak AS95 (RM398) sekiranya berjaya melengkapkan 50 perjalanan dalam tempoh dua hari.

Payenda meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas kerajaan Taliban mengambil alih pemerintahan negara tersebut. Beliau meninggalkan tanah air kerana bimbang ditahan pihak Taliban.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here