Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan perjanjian penganjuran perlumbaan MotoGP bersama Dorna Sports disambung sehingga 2024.
Kini penaja utama kejohanan dunia berkenaan adalah Petronas menggantikan Shell dan nama rasmi perlumbaan MotoGP di Sepang secara rasmi dikenali sebagai Petronas Grand Prix of Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya menjemput peminat MotoGP ke Sepang selepas dua tahun vakum dari perlumbaan akibat pandemik.
“Seiring dengan tema #WelcomeHome, tahun ini adalah tentang kebangkitan semula sukan permotoran antarabangsa dengan penawaran yang lebih unik untuk peminat,” katanya.
Sementara itu, pembeli terawal tiket Petronas Grand Prix of Malaysia boleh didapati pada harga RM543 (kerusi premier), RM432 (premier roving), RM362 (Marc Marquez Tribune), RM292 (Main Grandstand), RM123 (F Grandstand) dan RM172 (K1 Grandstand).
Harga tiket awal itu boleh dibeli bermula 24 Mac hingga 31 Mei depan di laman web sepanginternationalcircuit.
Harga tersebut termasuk cukai hiburan 25 peratus yang dikenakan oleh kerajaan negeri dan langkah penjagaan pengurusan Covid-19 serta parkir percuma.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar