Crazy Rich Malang mengaku tipu beli jet peribadi

1656

Awal Januari lalu pengusaha barangan kosmetik MS Glow Indonesia berkongsi membeli sebuah jet peribadi yang dikongsi di akaun Instagram peribadi.

Pesawat Cesna seri Citation Latitude itu dikatakan dibeli pada harga Rp280 bilion (RM82 juta). Setelah dua bulan ternyata perkongsian tersebut flexing semata. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by MSGLOW (@shandypurnamasari)



Ahli perniagaan Gilang Widya Pramana atau dikenali dengan Juragan 99 itu mengakui kebohongan berkaitan pemilikan jet peribadi tersebut. Suami kepada Shandy Purnamasari tersebut sebenarnya tidak pernah membeli pesawat dengan pelekat J99 Corp itu.

Ia sekadar kerja sama dan Crazy Rich Malang itu mengakui tidak pernah memiliki jet tersebut secara penuh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MSGLOW (@shandypurnamasari)

“Pak Gilang ini mempunyai hubungan kerja sama waktu tertentu terkait pemakaian pesawat tersebut,” kata peguamnya, Arman Hanis.

Tambahnya, ketika ini kliennya tidak melanjutkan kontrak kerjasama penggunaan jet tersebut. Kerana itulah tiada lagi pelekat J99 Corp pada jet peribadi berkenaan. 

“Sekarang sudah selesai. Jadi enggak ada masalah sebenarnya,” jelasnya menambah Gilang tidak mengetahui lokasi terkini jet tersebut.

Difahamkan, pesawat tersebut kini berada di Texas, Amerika Syarikat dan sudah tiada di Indonesia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here