Razlan Razali: Litar Mandalika bakal hadapi masalah pada masa depan

6687

Litar Mandalika yang terletak di Lombok merupakan kebanggaan rakyat Indonesia selepas 25 tahun sepi dari kejohanan perlumbaan dunia. 

Sebelum bermulanya acara MotoGP sudah banyak kontroversi yang berlaku apatah lagi ketika acara berlangsung. Masih banyak sudut perlu ditambahbaik oleh pihak pengurusan litar tersebut.



Menurut Ketua Pasukan RNF Yamaha, Datuk Razlan Razali yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mandalika akan mengalami kesulitan pada acara perlumbaan akan datang. 

Razlan menganggap sistem crowd control atau pengendalian orang ramai merupakan salah satu perkara penting perlu dimiliki Litar Mandalika.

Berdasarkan pengalaman beberapa tahun mengetuai SIC, masalah crowd control merupakan salah satu kesulitan yang paling rumit untuk diatasi. 

Selain itu, ribuan penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan di litar terkandas sehingga hampir tengah malam. Antara punca kejadian itu berlaku adalah disebabkan kekurangan khidmat bas penghantar.

“Hotel di sekitar Lombok juga tidak mencukupi, berdasarkan pengalaman, itu adalah dua masalah pengendalian atau kemudahan seperti hotel untuk penginapan semua menonton dan untuk pasukan MotoGP,” ujar Razlan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here