Ekzos kena rembat kawasan parkir ‘panas’ Glenmarie

1479

Seorang wanita berkongsi detik sedih apabila ekzos keretanya hilang ketika diletakkan di kawasan tempat letak kereta berbayar.

Pengguna akaun Twitter @aputttttt menjelaskan dia membawa anaknya bersiar sekitar Kuala Lumpur menggunakan LRT namun apabila pulang bahagian penukar bermangkin (catalytic converter) ekzos dirembat pencuri.



“Mereka ambil bahagian tengah yang hubungkan depan dan belakang. Bahagian paling panjang tetapi untuk melakukan perkara tersebut mereka perlu naikkan (jack) kereta.

“Seolah mereka (pencuri) miliki tempat tersebut dan boleh lakukannya dengan selesa,” kongsinya. 

Menurut Putri kejadian berlaku antara jam 5 petang hingga 11 malam pada 20 Mac di parkir LRT Glenmarie.

“Memang ada CCTV di lokasi tersebut tetapi saya agak bodoh kerana meletakkan kereta di tempat titik buta.

“Pekerja parkir hanya bekerja sehingga jam 6 petang pada hari Ahad,” kongsinya.

Pengguna Twitter lain turut memberitahu kawasan berkenaan merupakan lokasi panas yang mana ada beberapa pemilik turut melalui pengalaman sama misalnya kehilangan bateri dan tayar pancit akibat paku. 

Perkongsian wanita itu mendapat respons daripada Rapid KL yang memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan. 

Untuk makluman penukar pemangkin diperbuat daripada bahan besi seperti palladium, rhodium dan platinum yang mana sangat bernilai di pasaran. Harga yang tinggi menyebabkan kes kecurian meningkat  bukan saja di luar negara bahkan Malaysia juga. 

Sementara itu, walaupun ada klausa pengecualian ‘keselamatan kereta di bawah tanggungjawab pemilik’ pada tiket atau papan tanda parkir, pengguna berpeluang memperolehi pampasan daripada pengurusan parkir. Seperti mana kes dua tahun lalu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here