SUV elektrik EV9 dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, lebih besar dari Kia Karnival

1060

Tahun lalu Kia telah pun memperlihatkan konsep SUV elektrik EV9, dan difahamkan bakal menjadi model kenderaan elektrik terbesar Kia yang menyamai saiz Telluride.

Kia EV9 kelihatan lebih besar dengan tiga baris tempat duduk, yang menggunakan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) dan difahamkan ia akan berada dalam pengeluaran menjelang 2023.



Platform E-GMP mempunyai komponen kenderaan elektrik bateri canggih yang membolehkan jarak pemanduan sehingga 480km, ia mampu memecut dari 0-60km/j hanya dalam 0.5 saat. Teknologi pengecasan ultra pantas untuk meningkatkan bateri daripada 10% kepada 80% dalam masa kurang setengah jam.

Ruangan kabin akan hadir dengan lebih besar berbanding model Kia Karnival, walaupun prototaip yang dipamerkan Los Angeles Auto Show ketika itu hanya mempunyai enam tempat duduk namun kemungkinan untuk pengeluaran ia akan disediakan konfigurasi tujuh tempat duduk.

Susunan tempat duduk boleh dikonfigurasikan, dengan mod tambahan apabila kereta tidak bergerak. Lebih-lebih lagi, bahagian dalamannya terdiri daripada bahan mesra alam, termasuk botol plastik kitar semula, gentian wool kitar semula, jala kitar semula dan kulit vegan.

Selain itu, ia akan dilengkapi bumbung panoramik dengan rel bumbung yang boleh ditarik balik yang boleh diturunkan apabila tidak digunakan untuk aerodinamik yang lebih baik, paparan ultralebar 27″ dan stereng yang sangat unik untuk pemandu. 

Menurut sumber Korean Car Blog, melaporkan bahawa harga EV9 yang akan ditawarkan lebih murah untuk segmenya.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here