
Sebelum ini tular di media sosial apabila pemandu Rolls Royce enggan meneruskan perjalanan sehingga menyebabkan kenderaan di belakangnya beratur panjang.
Kejadian yang berlaku di jalan sehala sekitar Seng Poh Road, Tiong Bahru, Singapura itu berlaku gara-gara pemandu Rolls Royce Phantom berkenaan mengamok di tengah jalan mendakwa keretanya tidak dapat melepasi laluan itu kerana bahagian belakang sebuah BMW X5 terkeluar dari kotak parkir.
Kejadian di Singapura. Pemilik kenderaan Rolls Royce mendakwa bahawa kenderaan beliau tidak dapat melepasi jalan tersebut kerana ada kenderaan parkirnya terkeluar.
Masalah ego? pic.twitter.com/g17JjTipo8
— @Tok_Tek (@Tok_Tek) March 24, 2022
Jika dilihat dengan mata kasar pada video berkenaan sebenarnya Rolls Royce tersebut masih boleh melepasi laluan tersebut dan tindakan kurang matang pemandu itu mendapat kecaman dari netizen Singapura dan Malaysia.
Bagaimanapun, setelah video itu beredar pemandu Rolls Royce berkenaan akhirnya tampil berkongsi sekeping gambar dari posisi pemandu itu sendiri.
“Aku akhirnya putuskan untuk berkongsi pandangan sendiri yang mana secara umum kereta besar seperti Rolls Royce sangat sukar nak lepas.
“Secara peribadi aku dah pernah pandu pelbagai kenderaan termasuklah kenderaan berat. Aku percaya sehingga anda pernah memandu kereta besar barulah anda faham. Akupun selalu berdepan masalah dengan limo 5 meter panjang tetapi aku dah belajar untuk mengendalikannya,” jelasnya.
Tambahnya, susulan kejadian itu menjadi peringatan buat dirinya agar tidak mudah membuat kesimpulan dengan hanya melihat sekeping gambar.
Perkongsian sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa pemandu bertindak sedemikian dan netizen memahami situasi sebenar.
Tetapi, ramai yang berpendapat sekiranya pemandu itu merendahkan ego dan mendengar nasihat wanita mat salleh agar memandu ke kanan dengan bantuan orang ramai, situasi tidak akan menjadi tegang.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar