Seorang pemilik Proton Preve berang apabila mendapati keretanya rosak selepas dihantar ke sebuah bengkel modifikasi di Bandar Sunway, Selangor.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik kereta, Alif Zainuddin menjelaskan menghantar Preve tersebut untuk restorasi kit badan dan semburan cat.
“Untuk maklumat perjanjian saya dengan pemilik kedai kos untuk membuat kereta ini sebanyak RM15,000 dan sudah membuat pembayaran sebanyak RM1000 dengan dua kali pembayaran secara atas talian,” jelasnya.
Bahkan Alif juga mengatakan berulang kali meminta resit pembayaran daripada pemilik bengkel namun pelbagai alasan diberikan.
“Dalam perjanjian seharusnya kereta saya siap selepas Tahun Baru Cina 2022 tetapi tidak siap seperti dijanjikan dan dia menunjukkan sikap memperlambatkan masa dengan memberi beberapa alasan.
“Namun selepas perjanjian saya dengan dia tidak berjalan seperti dirancang saya meminta mengambil semula motokar saya,” jelasnya.
Tetapi lain pula yang jadi, dia mendapati bahagian enjin bermasalah setelah melakukan pemeriksaan dengan mekanik.
Tambahan sebelum restorasi mangsa melakukan overhaul atau turun enjin dengan kos sebanyak RM8,000.
Mangsa mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul antaranya panel papan pemuka patah, antena asli hilang selain semburan cat yang tidak sempurna di beberapa bahagian. Alif juga mendapati perbatuan keretanya bertambah sebanyak 3,782km.
Berdasarkan perkongsian itu, salah seorang mangsa yang menggunakan nama akaun Facebook Amirul AJ Zamri turut berkongsi masalah sama di ruang komen.
“Sayapun ada buat dekat dia, buat bodypart, kemasan memang tak puas hati, dalam 6 7 bulan abis da terkopek bumper depan. Mileage kereta memang bertambah banyak juga.
“Bagi kereta minyak full tank, dapat balik minyak tinggal satu bar. ini kisah tahun 2018 dulu lah kalau. Tapi tak nafikan, design dia lawa, cuma tu lah, perangai dia ni tak boleh bawak berbincang,” kongsinya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar