Perodua Myvi facelift diperkenalkan November tahun lalu, walaupun tidak banyak perubahan kosmetik namun hatchback itu didatangkan dengan kotak gear CVT baharu dan bantuan keselamatan Perodua Smart Drive Assist.
Bagaimanapun tahun lalu Perodua tidak memperkenalkan versi aksesori GearUp. Nampaknya versi tersebut bakal diperkenalkan tidak lama lagi selepas pengguna akaun Facebook RiderAth memuatnaik beberapa keping imej tersebut di pusat jualan Perodua.
Kit GearUp itu memberikan penampilan lebih agresif menerusi kemasan hitam pada bahagian depan dengan tambahan bampar yang menyelubungi lampu nyala siang (DRL) LED dan memberikan gambaran visual pengambilan udara yang besar.
Kemasan hitam itu dilanjutkan ke bahagian lip depan menggantikan jalur krom sebelumnya. Turut diletakkan logo GearUp metalik di tengah. Sementara skirting sisi dipadankan dengan dua rona warna.
Sementara bahagian GearUp belakang tidak segarang depan. Spoiler ringkas digantikan dengan saiz yang lebih besar dengan dua rona warna.
Bahagian bawah bampar belakang menerima tambahan untuk disesuaikan dengan tepi dan bahagian depan.
Jadi, bagaimana pendapat anda?…
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar