Siapa tidak kenal dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang merupakan salah satu pemimpin negara yang tegas dan antara paling lama berkhidmat.
Mantan perisik itu juga memiliki lebih 700 lebih buah koleksi kereta mewah bermula kereta biasa hingga ke hypercar. Ini antara kenderaan milik Putin yang dunia mungkin tidak tahu.
5. Aurus Senat Limousine
Aurus Senat merupakan sedan mewah yang dikeluarkan syarikat lokal Aurus Motors di Moscow, Rusia. Tempahan limousin itu bermula pada 2019 dengan pilihan dua versi pada harga mula AS1.2 juta (RM5 juta).
Bagaimanapun, Aurus Senat yang digunakan Putin merupakan rekaan khas yang dilengkapi perisai kalis peluru, cermin sekeliling yang diperkuatkan dan perlindungan lantai kalis bahan letupan.
Tayar run flat membolehkan kereta bergerak sehingga 150kmj tanpa angin, bekalan oksigen serba lengkap dan kereta tersebut juga dilengkapi senjata. Selain itu, dikatakan limousin itu boleh melindungi Putin sekiranya tenggelam ke dalam air.
Aurus Senat menggunakan enjin 6.6-liter V12 yang menghasilkan kuasa 859PS.
4. Mercedes G500 4×4
Presiden Putin juga dikatakan peminat kenderaan Jerman, misalnya Mercedes G500 4×4. Kereta yang berharga sekitar RM1 juta tersebut sering digunakan beliau untuk menangkap beruang.
G500 4×4 didatangkan dengan enjin 4.0L V8 pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 416hp dan tork 610Nm.
3. Lada Vesta
Selain meminati kereta Jerman, tentunya Putin menyokong kenderaan buatan lokal. Beliau memilki sedan Lada Vesta.
Lada antara jenama kereta mampu milik paling terkenal di Rusia yang ditawarkan pada harga AS11,000 atau lebih kurang sama dengan harga sebuah kereta Proton Persona iaitu RM46,000.
2. Gazelle Limousin
Gazelle adalah salah satu pengeluar kenderaan Soviet yang wujud sejak awal 1990 lagi. Harga limousin ini difahamkam sekitar AS160,000 (RM800,000), namun tidak banyak diketahui tentang model ini kerana hanya dibina khusus untuk presiden Rusia itu.
1. Lada Niva 4×4
Dalam banyak-banyak kereta, ini mungkin kereta yang palin tepat dan sesuai dengan karakter Putin yang low profile.
Putin memandu 4×4 itu pada 2009 sebagai rangsangan kepada industri kereta Rusia yang sedang bergelut ketika itu.
Kereta itu juga dipaparkan dalam pengisytiharan cukai Putin berbeza dengan ramai menteri kerajaan lain yang mengisytiharkan kereta Mercedes atau Porsche.
Bahkan, ketika kereta itu dikeluarkan pada 2009 Putin mempromosikan Lada Niva dan meminta rakyat melihat kereta itu sendiri. Bagaimanapun, Putin merahsiakan bayaran SUV berkenaan.
Model itu didatangkan dengan enjin diesel dengan kuasa sehingga 79hp dan tork 133Nm. Lada Niva ini dikatakan mendapat sifar bintang dalam ujian NCAP di Rusia.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar