Baru-baru ini, seorang pemilik Ferrari 488 yang baru saja membeli kereta itu hanya sempat memandu sejauh 3.2km sebelum terbabit kemalangan.
Insiden itu menyebabkan kereta Ferrari 488 bernilai sekitar pound sterling 250,000 (RM1.12 juta) remuk di bahagian depan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Walaupun pemandu supercar tidak cedera, namun perasaan keterujaan mendapat kereta baharu hanya sementara.
Gambar kereta berkenaan dikongsi oleh polis di Twitter, menunjukkan bonet depan remuk selain calar di bahagian bampar dan lampu utama pecah.
“Derby. 1 April. Pemandu membeli sebuah Ferrari pagi tadi dan merempuhnya selepas memandu kurang daripada 2 batu. Tiada kecederaan,” tulis Unit Kepolisan Jalan Derbyshire di Twitter.
Derby. 1st April. Driver bought a Ferrari this morning and crashed it after driving it less than 2 miles. No injuries. #DriveToArrive pic.twitter.com/X4IMuflPa5
— Derbyshire Roads Policing Unit (@DerbyshireRPU) April 1, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar